Thursday 8 March 2012

TEMPAHAN BATIK

Untuk mendapat tempahan batik anda boleh datang ke kedai kami bertempat di 
SJ BATIK ENTERPRISE
CHABANG TIGA BERANGAN,
16200 TUMPAT, KELANTAN.
atau anda juga boleh hubungi kami di talian 019-9828508...
Kami sedia menerima tempahan, PELBAGAI BATIK kami sediakan untuk anda... :)

PERSAMAAN BATIK DENGAN NEGERI TERTENTU

PERSAMAAN:

- Burung Merbok - burung yang memberikan nama kawasan Merbok di Kedah

- Padi - antara tanaman utama di Kedah

- Sanskrit - tulisan yang ada pada hasil peninggalan pusat arkeologi Lembah Bujang

- Ukiran atau kerawang - motif reka bentuk yang ada pada rumah lama di kawasan Kedah

Tuesday 6 March 2012

                                            CARA-CARA PENJAGAAN BATIK
Batik memerlukan penjagaan yang mudah. Kaedahnya, bagi cucian pertama batik,adalah digalakkan supaya digunakan cara cucian kering (dryclean) dengan kos kurang RM10 bagi sepasang baju. Tujuannya ialah untuk menjaga kilatan 
pada batik. Pilihan lain, batik boleh dicuci terus tetapi cucilah berasingan dengan cucian yang lain dan hendaklah dijemur di tempat redup dan tidak terdedah kepada matahari bagi menjaga ketahanan batik.

Manakala untuk memudahkan batik digosok, penggunaan semburan pelembut pada batik adalah baik untuk diamalkan.


Batik perlu dijaga dengan baik kerana batik merupakan kain yang paling mahal dan sangat rumit untuk dijaga dan memerlukan penjagaan yang rapi oleh pengguna..Pembuatan batik sangat rumit dan perlu dilakukan dengan rapi dan teliti supaya batik yang di conteng tidak rosak.. 

ASAL-USUL BATIK

Pendapat mengenai asal-usul batik bukan sahaja berdasarkan nama tetapi juga berdasarkan kepelbagaian teknik. Batik Pelangi misalnya, menggunakan teknik ikat celup dikenali di Malaysia dan di Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira kepelbagaian warna pelangi.

Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan Melayu untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik yang dimaksudkan di sini sama ada berupa titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantung pada zaman dan ruang.

Perusahaan batik di Malaysia dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin serta Batik Pewarnaan Asli, dan setiap satunya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Melihatkan kepada ciri-ciri versatile pada tekstil ini, batik ditampilkan dalam pelbagai guna seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman. Batik melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kain kapas, kain sutera, campuran kain sutera dan kain kapas, kain rayon, kain voile, kain organza mahupun kain chiffon. Kehalusan jahitan sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan pada batik menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.

Sunday 4 March 2012

          JENIS-JENIS BATIK DI SJ_BATIK


BATIK MANIK


Batik manik merupakan batik yang sangat rumit dan sangat mahal harga nya.Batik manik juga merupakan batik yang paling digemari oleh semua orang.Batik tersebut diperbuat seperti biasa tetapi ianya sangat rumit untuk menampal manik tersebut

BATIK BIASA


Batik yang dalam prosesnya terutama dalam pewarnaan menggunakan sistem baru yang biasanya dalam pencelupan sekarang menggunakan sistem lain baik  tu berupa gradasi, urat kayu maupun rintang broklat. Motif ini adalah motif baru yang berhubungan dengan estetika. Komposisi gaya bebas batik ini popular di era tahun 80 an.


BATIK TULIS


Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.

Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya
juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.

BATIK SKRIN


Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan reka corak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.

Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.

Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera
saring yang diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya.
 


Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin. Kain yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan semula. Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna yang dikehendaki.


BATIK KONTEMPORARI


Suatu batik yang tidak lazim kelihatan batik, tetapi masih menggunakan proses pembuatannya sama seperti membuat batik.

BATIK PEWARNAAN ASLI


Pengenalan semula penggunaan warna asli daripada tumbuh-tumbuhan tempatan merupakan satu alternatif dan berkonsep mesra alam.Pengembalian semula kaedah ini wujud atas kesedaran masyarakat tempatan tentang budaya sihat dan mesra alam.

Batik Pewarnaan Asli turut mengaplikasikan pelbagai teknik untuk menghasilkan kreativiti batik yang berlainan ragam iaitu kombinasi teknik ikat iaitu gabungan tie and dye dengan blok dan batik lukis & tie and dye dengan skrin.

Wednesday 29 February 2012

SEJARAH PEMBUKAAN SJ BATIK

SJ Batik telah ditubuh kan pada tahun 1991, pemilik SJ Batik ialah MOHAMAD SHOKRI BIN AWANG..Beliau bersama isterinya,JAMIAH BINTI HAMZAH telah mengusahakan penjualan batik selama 21 tahun dan ianya telah berjaya dan maju menghasilkan batik di kawasan TUMPAT,KELANTAN... Selain daripada pengusahaan batik beliau juga telah mengusahakan perniagaan barang-barang peralatan sekolah dan cenderahati. Beliau telah lama menceburi bidang perniagaan ini kerana ianya telah diwarisi oleh ibu bapa beliau,beliau juga mempunyai minat dalam bidang perniagaan dan sekarang perniagaan beliau telah maju dan telah membangun pesat di bandar TUMPAT,KELANTAN. Beliau sekarang telah meluaskan perniagaan beliau ke negeri lain dan telah mendapat tempat di pasaran .